CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 18, 2012

KeHiDuPaN BaRu

Assalamualaikum peeps ;)

Rasa kekok bila kembali menaip untuk entry ini . maklum la , dah hampir setahun 2 bulan tak menaip untuk blog ini . penuh sawang sawang yang tidak diperlukan . 
dan yang penting , kita dah update blog kite sikit . kita delete entry yang lame lama sebab kite nak buat entry baru pasal hidup kite . 
 kite nak buat blog baru , tapi kita sayang sangat dengan blog ni . maka idea yang datang adalah delete entry lame maka terciptalah entry yang baru iaitu yang kalian sedang baca ini . 
 hahaha ;)

Hidup baru kite diteruskan .
 Setelah keputusan STPM diumumkan dan result STPM kite tak memberangsangkan untuk kite teruskan hidup dalam dunia DEGREE , maka kite amik keputusan untuk teruskan kehidupan sebagai seorang pelajar DIPLOMA BUSINESS STUDIES .
 " umur 20 tahun , tapi baru nak buat diploma "
hal ini memang selalu bermain di fikiran .
macam mana nak hadap budak budak yang lebih muda dari kite 
macam mana nak jawab soalan makcik bdan peah kiah , pakcik abu ali abon dan apo apo lagi la bila mereka tanya kenape tak sambung degree. nape buat diploma .
 MALU ?
 gile ke tak malu , memang malu , tapi life must go on ! no matter what happen , life muss go on  .
apa yang penting , semangat nak belajar dan bukan kata kata makcik pakcik yang bercerita tentang kita .
mereka hanya mampu berkata kata tapi pada hakikatnya mereka tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku .
yang penting , kesihatan diri kite kini sudah beransur pulih tidak seperti beberapa tahun yang lepas . Alhamdulillah . 
mungkin Allah s.w.t nak menguji sejauh mana kekuatan hambanya .
mungkin ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku 
 kadang kadang rezeki tu datang direct dengan kita , tapi kadang kadang rezeki tu hadir tanpa kita duga yang kita perlu menghadapi beberapa dugaan sebelum mencapai rezeki itu .

Harapan ; 
semoga kehidupan kali ini akan memberi sinar kehidupan yang baru dan memberi senyuman kepada kedua ibu bapa kita .


lots of love ; 
fatin umairah 

No comments:

Post a Comment